CIK adik bertanya: ‘Bang, saya nampak gemuk tak bang?’
Nak kata gemuk, takut cik adik kecil hati. Dek nak jaga hati, ada sesetengah cik abang pula terpaksa berbohong. Tapi kalau silap hari bulan, dusta bakal bawa bencana. Hakikatnya, beginilah nasib ramai golongan cik abang. Apa jua jawapan yang dipilih dan diberikan kepada cik adik, khususnya dalam soalan-soalan sensitif sebegini, cik abang ibarat kena corner.
Nak cakap ini salah, nak cakap itu pun salah. Pendek kata, semuanya serba salah.
Menurut laman yang dikhususkan untuk kaum lelaki, Askmen, kaum wanita ini berfikir dan memberikan reaksi berdasarkan emosi.
Mereka juga sukakan permainan minda.Ayuh kita jenguk apakah permainan minda kaum wanita bagi memastikan cik abang tidak mudah masuk perangkap.
Jual mahal
Walaupun cik adik ini berminat menjalin hubungan dengan cik abang, beliau mungkin tidak menjawab panggilan telefon dan tidak mahu keluar bersama cik abang.
Permainan
Macam cik adik misteri ‘gitulah. Kemungkinan pertama, dirinya tergolong sebagai wanita yang baik-baik yang hanya mahu ‘berdating’ di depan mata kedua-dua orang tuanya. Kemungkinan kedua, cik adik ingin bermain kejar-kejar dengan cik abang. Beliau mahu cik abang terus mengejarnya sebagai bukti betapa hebat tarikan besi semberaninya. Sekiranya cik abang berbuat demikian, bermakna sahlah umpannya mengena dan cik adik tahu dirinya lebih berkuasa. Lain ceritanya kalau dapat cik abang yang ‘kes tak kuasa’.
Batal janji temu
Cik adik mengemukakan ribuan alasan tidak mahu bertemu cik abang pada saat-saat terakhir atau langsung tidak datang tanpa sebarang permohonan maaf.
Permainan
Cik adik ini nak kasi tahu cik abang di sana yang cik abang kenalah ikut rentak dirinya dalam apa jua keadaan sekalipun. Beliau nak jadi bos dalam perhubungan. Boleh ke bang oiii?
Suka menggoda
Eh… eh… depan-depan cik abang sendiri pun beliau terang-terangan menggoda kaum yang bukan sejenisnya.
Permainan
Ini sekadar untuk membuktikan satu pergi 1,000 datang. Kalau cik abang tidak ikut katanya, tidak menjaganya baik-baik, cik adik jenis ini kononnya akan zooom… cari cik abang lain.
Hakikatnya, entah-entah beliau tetap melekat pada cik abang.
Permintaan membingungkan
Ini kes cakap tak serupa bikin. Contohnya, jika cik abang bertanya ke mana tujuan seterusnya dan cik adik menyerahkan keputusan kepada cik abang, tetapi dalam masa yang sama muka masam mencuka.
Permainan
Ini kes sengaja nak cari pasal. Cik adik sebegini sekadar ingin mencari keburukan cik abang.
Susah nak tahu apakah yang disifatkan sebagai pilihan paling ‘tepat’ buat dirinya.
· Baca mindanya
Cik abang perlu tahu apakah yang tersirat di lubuk hatinya baik daripada apa yang dilakukannya, restoran kegemarannya dan lain-lain.
Permainan
Kalau cik adik anda sedemikian rupa, beliau sekadar ingin tahu yang anda benar-benar menyayanginya, memahami perasaannya dan mendengar segala keluhan daripada hatinya. Tapi cik adik boleh diam membatu sekiranya cik abang buat langsung tak tahu.
· Jadi apa nak buat bang?
Cik abang dinasihatkan agar segera sedar dengan permainan cik adik ini agar diri mereka tidak mudah terpedaya.
Sebaliknya, cik abang perlu bersikap tegas di awal perhubungan. Tegaskan pendirian yang cik abang tidak berminat bermain permainan minda.
Cik adik mungkin naik radang tapi biarkan keadaan reda. Yang patut menjadi matlamat ialah untuk mencapai kuasa bersama yang adil dan saksama dalam sesebuah perhubungan iaitu dengan nisbah 50:50. Dengan itu, cik adik tak bolehlah queen control cik abang! Lagipun kalau kita bersikap queen control akan dianggap tidak baik.