TUNTUTAN FAEDAH PENGURUSAN MAYAT

Amaun sebanyak RM1,500 akan dibayar sekiranya seseorang pekerja meninggal dunia akibat daripada bencana kerja atau semasa menerima faedah hilangupaya. Pembayaran faedah akan dibuat mengikut keutamaan kepada waris-waris berikut:

Balu (jika lebih dari seorang, faedah akan dibahagikan samarata)

1. Duda

2. Anak lelaki atau anak angkat lelaki yang tertua

3. Anak perempuan atau anak angkat perempuan yang tertua

4. Ibubapa (dibahagi samarata)

Sekiranya orang yang disebutkan di atas tidak ada, faedah akan dibayar kepada pihak yang menanggung segala perbelanjaan pengkebumian itu. Jumlah bayaran yang akan dibayar samada jumlah sebenar perbelanjaan ataupun RM1,500 mengikut mana yang lebih rendah.

Cara tuntutan

Pihak menuntut dikehendaki mengisi Borang 26 (Borang Tuntutan) dan mengembalikannya kepada Pejabat Tempatan PERKESO yang berkenaan bersama-sama dengan salinan yang diperakui sah Perakuan atau Sijil Kematian.

Leave a Reply