Iman rapuh dedah manusia kepada kelalaian

June 29, 2008

Oleh Dr Ahmad Redzuwan Mohd Yunus

MASYARAKAT Islam yang cemerlang ialah yang mengamalkan cara dan amalan hidup mereka selari pengertian akidah sebenar di mana segala urusannya berlandaskan pengabdian diri kepada Allah bukan unsur yang lain.

Pentingnya umat Islam menekankan nilai ini dalam kehidupan dijelaskan melalui firman Allah yang bermaksud: “Katakanlah. Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Tiada sekutu bagi-Nya, dan dengan demikian saja aku diperintahkan, dan aku (di antara seluruh umatku) adalah orang Islam yang awal pertama (yang berserah diri kepada Allah dan mematuhi perintah-Nya) .” – (Surah Al-An’am, ayat 162-163)

Perlunya seseorang Muslim menjadikan nilai pengabdian kepada Allah sebagai unsur utama dalam kehidupan mereka kerana Islam ialah agama berteraskan akidah atau keyakinan luhur kepada Allah yang Maha Esa, malaikat, rasul, kitab, hari kiamat dan kepercayaan kepada qada’ dan qadar ditentukan Allah.

Read the rest of this entry »