PANDUAN MENJAGA ALAT SULIT WANITA

June 29, 2008

Jangkitan Yang Berulang Boleh Merosakkan Sistem Peranakan

Dalam kehidupan seseorang wanita, penjagaan alat sulit atau alat kelamin amat penting kerana ia berkait rapat dengan pengeluaran darah haid, hubungan seks dan kehamilan.

Bahagian ini sensitif pada perubahan persekitaran terutamanya keasidan dan kealkalian (pH) kemaluan wanita. Perubahan ini samada disebabkan jangkitan kuman, penggunaan sabun atau faktor fizikal, persekitaran ataupun kebersihan diri. Seseorang wanita mungkin tidak selesa, gatal, mengeluarkan keputihan yang tidak normal atau berbau, bengkak alat kelamin dan kesakitan.

Menurut Dr. Siti Zaleha Ab. Rahim dari salah sebuah hospital swasta, wanita yang mempunyai tanda-tanda tersebut mudah dijangkiti kuman.

“Ia juga akan menjejaskan hubungan seks dan menimbulkan konflik antara suami dan isteri.”

“Disamping itu, jangkitan kuman tertentu yang berulang boleh merosakkan sistem peranakan menyebabkan saluran fallopio tersumbat dan menjadikan seseorang itu sukar mendapat zuriat,” katanya. Read the rest of this entry »