Usah Terjerat Permainan Minda Wanita

June 29, 2008

CIK adik bertanya: ‘Bang, saya nampak gemuk tak bang?’

Nak kata gemuk, takut cik adik kecil hati. Dek nak jaga hati, ada sesetengah cik abang pula terpaksa berbohong. Tapi kalau silap hari bulan, dusta bakal bawa bencana. Hakikatnya, beginilah nasib ramai golongan cik abang. Apa jua jawapan yang dipilih dan diberikan kepada cik adik, khususnya dalam soalan-soalan sensitif sebegini, cik abang ibarat kena corner.
Nak cakap ini salah, nak cakap itu pun salah. Pendek kata, semuanya serba salah.

Menurut laman yang dikhususkan untuk kaum lelaki, Askmen, kaum wanita ini berfikir dan memberikan reaksi berdasarkan emosi.

Mereka juga sukakan permainan minda.Ayuh kita jenguk apakah permainan minda kaum wanita bagi memastikan cik abang tidak mudah masuk perangkap.

Jual mahal
Walaupun cik adik ini berminat menjalin hubungan dengan cik abang, beliau mungkin tidak menjawab panggilan telefon dan tidak mahu keluar bersama cik abang. Read the rest of this entry »


Di Sebalik Kelembutan Suaramu

June 29, 2008

RAMAI wanita pada zaman ini yang merelakan diri mereka menjadi bahan komoditi. Tidak hanya wajah dan tubuh yang menjadi barang dagangan, suara mereka juga boleh menghasilkan banyak wang. Suara lunak dan tawa seorang wanita terlalu sering kita dengar di sekitar kita, baik secara langsung atau melalui radio dan televisyen. Lebih-lebih lagi apabila wanita itu berkerjaya sebagai penyiar atau juruhebah kerana memang termasuk modal utamanya adalah suara yang lunak dan merdu.

Begitu mudahnya wanita tersebut memperdengarkan suara mereka yang bak buluh perindu, tanpa ada rasa takut kepada Allah s.w.t. Padahal Dia telah memperingatkan, yang bermaksud: “Maka janganlah kalian merendahkan suara dalam berbicara sehingga berkeinginan buruklah orang yang ada penyakit dalam hatinya dan ucapkanlah perkataan yang makruf.” (Al-Ahzab: 32)

Rasulullah s.a.w juga telah bersabda yang bermaksud: “Wanita itu adalah aurat, apabila ia keluar rumah, maka syaitan menghias-hiasinya (membuat indah dalam pandangan lelaki sehingga ia terfitnah).” (Riwayat Tirmizi) Read the rest of this entry »